Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-58: September - Oktober 2023

UiTM Shah Alam, Jabatan Komunikasi Korporat (2003) Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-58: September - Oktober 2023. Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kumiaNya, semua warga UiTM serta para jemputan, khususnya keluarga para graduan, dapat berkumpul bersama-sama dan menyaksikan istiadat penganugerahan ijazah dan diploma kepada seramai 13,304 graduan padd Istiadat Konvokesyen September dan Oktober 2003. Saya yakin, Istiadat Konvokesyen ini tentunya merupakan suatu istiadat yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh para graduan, malah oleh ibubapa dan sanak-saudara serta keluarga masing-masing sebagai menandakan lambang kejayaan setiap daripada kita. Dengan kata lain, penganugerahan yang akan berlangsung nanti sebenamya lebih merupakan tanda kejayaan hasil usaha bersepadu antara institusi, keluarga serta para graduan sendiri. Melalui Istiadat Konvokesyen ke-58 ini juga, saya bersukacita menggunakan kesempatan ini yang sukar diperolehi pada masa-masa lain - untuk menyampaikan pelbagai isu, pandangan serta pemikiran saya yang akan disalurkan melalui segmen ucapan saya pada sidang-sidang tertentu. Pada kesempatan terluang ini juga, saya akan cuba mengarahkan perhatian warga kepada persoalan-persoalan semasa, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan dan masa depan bangsa kita yang tercinta. Universiti Teknologi MARA didirikan atas niat, kornitmen dan kesedaran bangsa untuk memajukan diri kita secara progresif dan dinarnik. Atas kesedaran itulah maka saya melihat peranan universiti ini sangat berbeza keadaannya dengan mana-mana universiti lain dan saya percaya hakikat ini difaharni oleh setiap anak bangsa. Tahun 2003 memperlihatkan sedikit peralihan universiti ini dari segi perhatian dan penekanan. "Tahun Lonjakan" yang diisytiharkan pada 2002 dahulu, kini diperlengkap dengan "Tahun Jalinan Industri" sebagai menandakan penekanan yang dibuat untuk tahun 2003. Melalui penekanan ini, yang diisytiharkan secara rasrni pada Konferensi Akademik 2003 lalu, memperlihatkan bagaimana UiTM menjalin hubungan yang bermakna dengan pihak industri, selain daripada memantapkan dan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin dengan pihak industri. Antara lain, strategi ini adalah untuk mempertingkat nilai kompetatif graduan universiti ini

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Shah Alam, Jabatan Komunikasi Korporat
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Keywords: UiTM, konvokesyen, graduan
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112942
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112942.pdf] Text
112942.pdf

Download (165MB)

ID Number

112942

Indexing

Statistic

Statistic details