Memori Potluck: jamuan selamat datang dan perpisahan / Suhaida Halamy

Halamy, Suhaida (2024) Memori Potluck: jamuan selamat datang dan perpisahan / Suhaida Halamy. Bulletin of School of Information Science, UiTM Sarawak, 2 (2): 20. pp. 45-46. ISSN 3030-5578
Abstract

Seperti tradisi di penghujung semester, Pusat Pengajian Sains Maklumat (PPSM) sekali lagi mengadakan mesyuarat bagi membentangkan analisa peperiksaan akhir pelajar. Namun, mesyuarat kali ini yang diadakan di Bilik B144, Blok B pada 6 Ogos 2024, jam 2.30 petang hari Selasa, berbeza daripada mesyuarat sebelumnya. Kali ini, mesyuarat dimeriahkan dengan suasana santai dan mesra apabila para pensyarah PPSM membawa pelbagai hidangan potluck, bagaikan suasana Hari Raya. Meja-meja dipenuhi dengan pelbagai juadah yang menyelerakan seperti nasi lemak rendang, pulut kuning dengan kari ayam, bihun goreng, satay, kuih-muih, buah-buahan segar, kek pelbagai jenis, ais krim, dan lain-lain. Pensyarah ‘servicing’ dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Akademi Pengajian Bahasa turut memeriahkan suasana, dijemput menjamu selera sebelum mesyuarat bermula. Selepas selesai menikmati hidangan, mereka bersurai, dan agenda mesyuarat seterusnya dimulakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112889.pdf]
Text
112889.pdf
Download (117kB)
Indexing & Metrics