Abstract
Seperti tradisi di penghujung semester, Pusat Pengajian Sains Maklumat (PPSM) sekali lagi mengadakan mesyuarat bagi membentangkan analisa peperiksaan akhir pelajar. Namun, mesyuarat kali ini yang diadakan di Bilik B144, Blok B pada 6 Ogos 2024, jam 2.30 petang hari Selasa, berbeza daripada mesyuarat sebelumnya. Kali ini, mesyuarat dimeriahkan dengan suasana santai dan mesra apabila para pensyarah PPSM membawa pelbagai hidangan potluck, bagaikan suasana Hari Raya. Meja-meja dipenuhi dengan pelbagai juadah yang menyelerakan seperti nasi lemak rendang, pulut kuning dengan kari ayam, bihun goreng, satay, kuih-muih, buah-buahan segar, kek pelbagai jenis, ais krim, dan lain-lain. Pensyarah ‘servicing’ dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Akademi Pengajian Bahasa turut memeriahkan suasana, dijemput menjamu selera sebelum mesyuarat bermula. Selepas selesai menikmati hidangan, mereka bersurai, dan agenda mesyuarat seterusnya dimulakan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Halamy, Suhaida UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Bulletin of School of Information Science, UiTM Sarawak |
ISSN: | 3030-5578 |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 45-46 |
Keywords: | jamuan perpisahan, Pusat Pengajian Sains Maklumat (PPSM), UiTM Sarawak |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 6 August 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112889 |