Faktor penontonan drama korea dalam kalangan belia di Malaysia / Nur Zulaikha Hamzah and Mohd Syuhaidi Abu Bakar

Hamzah, Nur Zulaikha and Abu Bakar, Mohd Syuhaidi (2024) Faktor penontonan drama korea dalam kalangan belia di Malaysia / Nur Zulaikha Hamzah and Mohd Syuhaidi Abu Bakar. Forum Komunikasi, 19 (1): 1. pp. 1-16. ISSN 0127-8991

Abstract

Rakyat Malaysia pada hari ini dilihat lebih menyukai drama Korea berbanding drama tempatan. Fenomena yang berlaku ini dikatakan kerana drama Korea berjaya menarik perhatian dan memikat hati penonton terutama golongan belia di Malaysia melalui kehebatan jalan cerita yang menunjukkan plot-plot dan adegan-adegan yang menarik di samping menonjolkan kebudayaan Korea. Hal ini telah menyebabkan golongan belia di Malaysia dilihat lebih mengangkat drama-drama Korea berbanding drama tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia. Objektif bagi kajian ini adalah untuk meneroka jika skrip dan pemilihan pelakon merupakan faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan telah menemu bual 10 orang Informan untuk mengumpul data kajian. Informan yang ditemu bual terdiri daripada golongan belia yang suka menonton drama Korea. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor skrip dan pemilihan pelakon adalah faktor utama belia Malaysia menonton drama Korea. Skrip yang mengandungi jalan cerita yang menarik dan tidak cliché, mempunyai kepelbagaian genre, membincangkan isu sebenar tentang realiti kehidupan, dan pelakon yang mempunyai rupa, berpengalaman dan berbakat serta berjaya dalam pembawaan sesebuah watak menyebabkan belia Malaysia menonton drama Korea. Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan belia di Malaysia menonton drama Korea. Antara faktor-faktor lain tersebut adalah lagu Original soundtrack (OST), budaya yang ditunjukkan, ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi dan pemandangan dalam drama yang memukau mata penonton. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak faktor penontonan drama Korea dalam kalangan belia di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamzah, Nur Zulaikha
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Mohd Syuhaidi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HM Sociology > Culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi
ISSN: 0127-8991
Volume: 19
Number: 1
Page Range: pp. 1-16
Keywords: Drama korea, belia, skrip, pemilihan pelakon, kaedah kualitatif.
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112730
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112730.pdf] Text
112730.pdf

Download (202kB)

ID Number

112730

Indexing

Statistic

Statistic details