Abstract
Penontonan kandungan atas talian secara berlebihan mungkin boleh memudaratkan. Kajian ini telah meneroka jika penontonan Netflix memberikan isu dan implikasi terhadap rakyat di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara temubual berstruktur. Pemilihan informan adalah menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana kajian ini telah menemubual 10 orang informan, iaitu penonton-penonton Netflix. Informan yang dipilih untuk kajian ini merupakan mereka yang menonton kandungan di Netflix sahaja. Kajian ini tidak melibatkan informan yang menonton kandungan di platform lain. Data telah dianalisis secara verbatim menggunakan analisis tematik (thematic analysis) dan beberapa tema telah dikenalpasti. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa isu dan implikasi penontonan Netflix dalam kalangan rakyat Malaysia. Dari segi isu penontonan, penonton berpendapat, Netflix menawarkan kandungan yang tidak ditapis, terdapat kandungan yang menonjolkan isu body shaming, dan keganasan. Penontonan Netflix juga telah memberikan beberapa implikasi dalam kalangan rakyat di negara ini. Penonton Netflix di Malaysia merasakan kandungan di Netflix mampu menjadi alat pengajar yang bagus, dapat mengubah emosi seseorang, dapat mengubah diri seseorang, dan memberi mesej kepada penonton. Terdapat juga beberapa isu lain, iaitu isu face shaming dan kerisauan terhadap filemfilem anime yang memaparkan unsur seksual. Implikasi lain terhadap penontonan Netflix adalah ketagihan apabila terlalu lama menonton kandungan di platform ini. Kajian yang telah dilaksanakan diharapkan dapat digunakan sebagai rujukan kepada kajian-kajian pada masa hadapan mengenai Netflix.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ishak, Rabiatul Aswaniza UNSPECIFIED Abu Bakar, Mohd Syuhaidi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi |
UiTM Journal Collections: | Listed > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0127-8991 |
Volume: | 18 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-10 |
Keywords: | Netflix, isu, implikasi, Malaysia, filem |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112674 |