Pengendalian dan pengurusan kesihatan mental pelajar

UiTM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (2024) Pengendalian dan pengurusan kesihatan mental pelajar. UiTM Press.

Abstract

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku Pengendalian dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini berjaya diterbitkan. Masalah kesihatan mental adalah antara isu kesihatan awam yang sangat penting dan merupakan masalah kesihatan kedua terbesar dialami rakyat Malaysia selepas penyakit jantung. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2015) melaporkan bahawa setiap satu (1) dari tiga (3) orang dewasa yang berumur 16 tahun ke atas di Malaysia mengalami salah satu bentuk masalah kesihatan mental. Tidak dapat dinafikan bahawa isu kesihatan mental adalah antara faktor utama yang boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Justeru, isu ini perlu dipandang serius kerana boleh memberi pelbagai kesan negatif kepada pembangunan sesebuah komuniti dan negara. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Kesihatan Mental UiTM kerana telah mengambil inisiatif yang amat baik untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan mental di UiTM dengan menerbitkan buku ini. Usaha ini selaras dengan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat dari segi mental, fizikal dan spiritual serta turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goal yang dirancang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan. Usaha ini juga turut mendukung aspirasi UiTM sebagai Globally Renowned University (GRU 2025) iaitu menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025. Penerbitan buku ini juga merupakan satu tanda pemahaman, penerimaan dan penghormatan pihak UiTM terhadap permasalahan kesihatan mental yang signifikan dan penting untuk ditangani bersama. Sekian, terima kasih. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak, dan dijadikan rujukan serta panduan asas bagi memastikan pelaksanaan segala urusan berkaitan perkhidmatan kesihatan mental di UiTM adalah cekap, komprehensif dan berkualiti.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Mental health. Mental illness prevention
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Keywords: Pelajar, kesihatan mental, pengendalian
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112648
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112648.pdf] Text
112648.pdf

Download (7MB)

ID Number

112648

Indexing

Statistic

Statistic details