Abstract
BHEP beriltizam untuk sentiasa berusaha dalam peningkatan berterusan melalui penjenamaan semula fungsi dan peranannya, penambahbaikan tadbir urus, kecekapan di tempat kerja, digitalisasi, kesihatan dan kesejahteraan mental, penglibatan dalam pembangunan komuniti, menyokong kelestarian global, pemerkasaan bakat dan penganjuran program berimpak tinggi. Pelan ini menggabungkan senario persekitaran semasa dan pembaharuan pendidikan tinggi seiring dengan hasrat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia khususnya dan pengurusan tertinggi UiTM amnya. Diharapkan aspirasi BHEP ini dapat direalisasikan dan mampu memberi impak yang besar kepada UiTM terutamanya kepada pembangunan bakat pelajar dan seterusnya mampu melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan berciri keusahawanan selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Akhir kata, kejayaan perancangan strategik ini perlu digembleng bersama oleh seluruh warganya. Semoga apa yang dirancang ini, merupakan satu Transformasi kepada anak muda di UiTM (TAMU) yang memberikan impak yang tinggi kepada Survival Bangsa Melayu dan Bumiputera.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
Keywords: | Perancangan strategik, BHEP, 2025 |
Date: | 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112644 |