Abstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan undang-undang yang diperkenalkan untuk mengawal pergerakan rakyat negara ini untuk menyekat penularan virus COVID-19. Fasa pertama PKP bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 10 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 7 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan kemudian dilanjutkan lagi dari 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021. PKP yang bertujuan untuk menyekat penularan virus COVID-19 ini sebenarnya telah memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk wartawan. Golongan ini tidak terkecuali dari mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam mengumpulkan dan menyampaikan berita dalam suasana yang baharu. Kumpulan ini juga berhadapan risiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Kajian kualitatif secara temubual mendalam terhadap 12 orang wartawan mendalami kesan yang dihadapi oleh pengamal media ini dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia dan luar negara. Hasil kajian mendapati terdapat empat kesan positif dan enam kesan negatif sebab pelaksanaan PKP terhadap wartawan. Kesan positif dapat dilihat dalam norma mendapatkan berita, teknologi yang membantu dan PKP yang memberikan kesihatan mental dan f izikal yang baik kepada wartawan. Manakala dari sudut negatif pula, dapatan kajian menunjukkan bekerja dari rumah adalah tidak selesa dan pengenalan teknologi komunikasi menyusahkan wartawan untuk melakukan kerja terutamanya mengumpulkan bahan-bahan berita berunsur human interest.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nadarajan, Kirubasani UNSPECIFIED Balaraman, Rani Ann UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi |
UiTM Journal Collections: | Listed > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0127-8991 |
Volume: | 18 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-19 |
Keywords: | Aplikasi, COVID-19, Kesan, Perintah Kawalan Pergerakan, wartawan. |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112593 |