Abstract
Pada 13 Januari 2024 yang lalu, bengkel Mentoring BIO150 2.0 anjuran Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah diadakan di Smart Classroom UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Program yang berkesinambungan daripada siri pertama ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar sebagai peserta, 4 orang mentor sebagai fasilitator dan 3 orang pensyarah. Objektif utama program adalah untuk membantu peserta menguasai topik berkaitan dengan metabolisma dan pembahagian sel menerusi perkongsian cara belajar bersama fasilitator dan teknik menjawab soalan yang berkesan. Perkongsian ini dibimbing oleh mentor-mentor yang terdiri dari pelajar-pelajar senior yang telah mengambil kod BIO150 dengan pemantauan pensyarah. Fasilitator yang dipilih sudah tentulah mereka yang mampu bertindak sebagai perunding, pembimbing dan guru kepada rakan-rakan. Secara tidak langsung, fasilitator dapat meringankan bebanan masalah yang dihadapi oleh peserta dengan memberi tunjuk ajar dan pembelajaran bersistematik bagi meningkatkan pemahaman dan skor bagi setiap penilaian berterusan yang dibuat. Perkongsian ini dijangkakan dapat mengatasi sempadan pembelajaran yang mungkin dihadapi di antara pensyarah dan pelajar. Program ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar untuk memperolehi skor yang cemerlang dalam subjek metabolisma dan pembahagian sel pada peperiksaan akhir yang baru berakhir pada semester ini.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ashari, Zaidatul Shakila zaida@uitm.edu.my Azmi, Nurhazirah UNSPECIFIED Noor Alshurdin, Siti Hajar UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Perak L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
Page Range: | p. 1 |
Keywords: | Mentoring BIO150; Metabolisma dan Pembahagian Sel; Fasilitator dan Pembelajaran Bersistematik; Peningkatan Prestasi Akademik |
Date: | February 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112573 |