Bil.144/2024 : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) / Jabatan Arkib Universiti

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti (2024) Bil.144/2024 : Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) / Jabatan Arkib Universiti. Bulletin. Jabatan Arkib Universiti, Shah Alam.

Abstract

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM, yang merupakan salah satu mercu tanda utama UiTM, dibina sebagai hasil daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pembinaan dewan ini bermula pada 28 Julai 2008 dan disiapkan pada 15 Januari 2011, memberi kesan besar kepada seluruh warga UiTM. Dewan ini menjadi lokasi utama bagi Istiadat Konvokesyen UiTM, mencipta sejarah penting dalam kehidupan graduan yang menerima ijazah di sini. Reka bentuk bangunan yang kontemporari dan futuristik menjadikannya satu simbol kenangan bagi para pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti ini. DATC ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, yang juga merupakan Canselor Ke-3 UiTM, pada 8 Jamadil Akhir 1434 H, bersamaan dengan 12 Mei 2011. Dewan berprestij ini mempunyai kapasiti sehingga 4,000 orang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menyokong aktiviti akademik dan kokurikulum pelajar serta kakitangan. Antara kemudahan yang disediakan termasuk ruang untuk dewan peperiksaan, aktiviti budaya dan kesenian, aktiviti sukan dan komuniti, serta ruang pameran. Selain itu, DATC turut dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap seperti sistem bekalan air, sistem telekomunikasi, sistem keselamatan, serta peralatan mekanikal dan elektrikal yang moden. Keperluan warga UiTM telah diambil kira dalam pembinaan dewan ini, menjadikan Dewan Agung Tuanku Canselor sebagai pusat kegiatan akademik dan sosial yang unggul di UiTM. Koleksi Memori Korporat UiTM (2016-2024) diterbitkan oleh Bahagian Arkib Universiti (BARU) secara bulanan bagi mempromosi koleksi arkib universiti dikalangan warga UiTM dan penyelidik luar.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jabatan Arkib Universiti
jabatan_arkib@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: Archive Collection
Keywords: Archive collection, khazanah sejarah UiTM, DATC
Collections: Penerbitan Jabatan Arkib Universiti > Memori Korporat
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112555
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112555.pdf] Text
112555.pdf

Download (368kB)

ID Number

112555

Indexing

Statistic

Statistic details