Transkrip wawancara bersama Tuan Haji Abdul Aziz bin Hassan dan Muhammad Imanuddin bin Mat Resat Setiausaha dan Imam Satu Masjid Ulul Albab

Che Yahya, Nurul Husna and Wan Mohd Haris, Wan Nursyafika (2025) Transkrip wawancara bersama Tuan Haji Abdul Aziz bin Hassan dan Muhammad Imanuddin bin Mat Resat Setiausaha dan Imam Satu Masjid Ulul Albab. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temu bual ini telah dijalankan bersama setiausaha dan imam satu Masjid Ulul Albab untuk mendalami peranan dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan hal ehwal masjid dan mengatur aktiviti yang berkaitan dengan jemaah dan komuniti. Temu bual bersama Tuan Haji Abdul Aziz Bin Hassan iaitu setiausaha Masjid Ulul Albab telah dijalankan di perkarangan masjid pada 11 Disember 2024 pada pukul 10 pagi. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Hassan mula berkhidmat dengan Masjid Ulul Albab sejak tahun 2007 sebagai ahli jawatankuasa dan dinaikkan pangkat sebagai setiausaha masjid pada tahun 2010. Tuan Haji Abdul Aziz Bin Hassan berkongsi pengalaman serta cabarannya dalam menguruskan kewangan, pentadbiran, dan pelbagai program komuniti, selain memastikan keharmonian masjid tanpa campur tangan politik. Seterusnya, temu bual bersama Muhammad Imanuddin Bin Mat Resat iaitu imam satu Masjid Ulul Albab telah dijalankan di perkarangan masjid pada tarikh 15 Disember 2024 pada pukul 6 petang. Muhammad Imanuddin Bin Mat Resat mula berkhidmat dengan Masjid Ulul Albab pada tahun 2017 sebagai imam satu masjid. Sebagai seorang imam di Masjid Ulul Albab, Tuan Muhammad Imanuddin Bin Mat Resat bertangunggjawab dalam memastikan pentadbiran masjid berjalan sejajar dengan syariat Islam sambil mengetengahkan keunikan seni bina masjid yang dikenali sebagai “masjid tanpa paku”.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112464.pdf]
Text
112464.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics