Transkrip wawancara bersama Imam Wan Mat Zain bin Wan Yusoff Imam Masjid Kampung Laut

Anuar, Nur Aina Balkhis and Hanapi, Umiyatul Auni (2025) Transkrip wawancara bersama Imam Wan Mat Zain bin Wan Yusoff Imam Masjid Kampung Laut. [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini meneliti sejarah, seni bina, dan peranan Masjid Kampung Laut, sebuah warisan agung yang diiktiraf sebagai masjid tertua di Malaysia, dalam konteks sosio-budaya masyarakat setempat. Masjid ini unik kerana pembinaannya menggunakan teknik tradisional tanpa paku, dipengaruhi oleh seni bina Jawa dan unsur Islam tempatan, menjadikannya simbol ketahanan warisan seni bina Nusantara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian langsung di lokasi, temubual bersama penduduk setempat, serta analisis dokumen sejarah dan arkib. Data dikumpulkan, dianalisis, dan disahkan melalui proses triangulasi bagi memastikan ketepatan dapatan. Hasil kajian ini mendapati bahawa Masjid Kampung Laut bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat, tetapi juga sebagai lambang perpaduan, identiti budaya, dan titik rujukan dalam naratif warisan negara. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada usaha pemuliharaan masjid sebagai khazanah sejarah dan inspirasi kepada generasi masa depan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 112462.pdf]
Text
112462.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics