Transkrip wawancara bersama Puan Noraza binti Johari Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Pengkalan Chepa / Nurul Aina Shazana Seluddin and Nuryasmin Syahirah Mohd Sabri

Seluddin, Nurul Aina Shazana and Mohd Sabri, Nuryasmin Syahirah (2025) Transkrip wawancara bersama Puan Noraza binti Johari Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Pengkalan Chepa / Nurul Aina Shazana Seluddin and Nuryasmin Syahirah Mohd Sabri. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Temubual ini dilakukan bersama Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Puan Noraza binti Johari di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa untuk mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Penolong Kanan Tingkatan 6 (PKT6) di Sekolah Menegah Pengkalan Chepa. Temubual ini dijalankan di bilik penolong kanan SMK Pengkalan Chepa. Tarikh termubual tersebut adalah pada 11 Disember 2024 bermula jam 1 petang hingga 3 petang. Puan Noraza Binti Johari, 51 tahun, merupakan seorang pendidik berpengalaman yang kini memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6 (PKT6). Dengan tahap pendidikan Sarjana, beliau memiliki asas akademik yang kukuh dan kepakaran dalam bidang Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK). Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1997, yang menjadikan tahun 2025 sebagai ulang tahun ke-28 dalam perkhidmatan pendidikannya. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah mempamerkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam mendidik generasi muda. Pada tahun 2023, Puan Noraza diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6, satu peranan yang menuntut keupayaan kepimpinan, pengurusan, dan pemahaman mendalam tentang keperluan pendidikan di peringkat prauniversiti. Sebagai seorang pendidik, Puan Noraza amat dikenali dengan kemahiran dan keahliannya dalam mengajar Kesusasteraan Melayu Komunikatif, sebuah subjek yang menuntut pemahaman yang mendalam tentang bahasa, budaya, dan nilai-nilai masyarakat Melayu. Dengan pengalaman dan latar belakang akademik yang luas, beliau telah memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar Tingkatan 6, memupuk minat mereka terhadap kesusasteraan Melayu, serta menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran akademik dan kerjaya pada masa hadapan. Komitmen dan kecemerlangan Puan Noraza dalam bidang pendidikan menjadikannya seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan rakan sejawat, pelajar, dan komuniti Pendidikan.

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Seluddin, Nurul Aina Shazana
2022664458
Mohd Sabri, Nuryasmin Syahirah
2022698368
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdullah, Nurulannisa
UNSPECIFIED
Interviewee
Johari, Noraza
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia > Kelantan (Malaysia)
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Compulsory education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Aktiviti, tanggungjawab, pendidikan, semangat, pencapaian, penolong kanan tingkatan 6
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112451
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112451.pdf] Text
112451.pdf

Download (1MB)

ID Number

112451

Indexing

Statistic

Statistic details