Abstract
Transkrip ini adalah suatu kajian dan mengandungi butir-butir temubual yang telah dijalankan bersama dengan seorang Tok Batin Perkampungan Orang Asli Air Tawas yang sudah lama menetap di kawasan tersebut. Transkrip ini juga mengandungi maklumatmaklumat yang lebih terperinci mengenai kisah Puteri Gunung Ledang, kisah-kisah mistik dan misteri yang berlaku di Gunung Ledang dan mengenai sejarah penubuhan Taman Negara Gunung Ledang. Maklumat-maklumat ini perlu dibincangkan dan dibahaskan lebihlebih Iagi mengenai Puteri Gunung Ledang kerana kewujudannya masih menjadi persoalan sehingga kini. Justeru, transkrip ini akan membantu memberi penjelasan lebih dalam dan juga menyampaikan kisah yang mungkin tidak pernah didengari oleh penduduk tempatan. Selain itu, tema kajian ini adalah kearifan tempatan dimana di dalam kajian ini, seorang penduduk tempatan di temubual mengenai kisah yang berlaku di tempat kediaman beliau. Dengan harapan, kajian dan temubual yang dilakukan dapat memberi maklumat yang sewajarnya berkaitan kisah Puteri Gunung Ledang dan dapat membantu para penyelidik dalam kajian mereka pada masa hadapan.
Kata kunci: Kearifan tempatan, Puteri Gunung Ledang, Gunung Ledang, Mistik, Temubual.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Arinah Arifah 2021341055 Ismail, Nurul Aina 2021112807 |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > The myth. Comparative mythology > Myth. The nature of myth > Malaysia H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature > Malaysia Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Keywords: | Interview transcript, Puteri Gunung Ledang legend, Malaysian folklore, Oral tradition, Cultural heritage |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112205 |