Transkrip temubual bersama Encik Haji Mohd Amin bin Othman mengenai lagenda Puteri Gunung Ledang / Izlyn Syafrina Ismail, Nurfarah Elida Saleh-udin dan Siti Nor Sarah Moktar

Ismail, Izlyn Syafrina and Saleh-udin, Nurfarah Elida and Moktar, Siti Nor Sarah (2022) Transkrip temubual bersama Encik Haji Mohd Amin bin Othman mengenai lagenda Puteri Gunung Ledang / Izlyn Syafrina Ismail, Nurfarah Elida Saleh-udin dan Siti Nor Sarah Moktar. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini mengandungi rakaman temubual bersama bekas pengurus vang pertama di Resort Taman Gunung Ledang iaitu Encik Haji Mohd Amin Bin Othman herkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat disana. Sesi temubual ini dijalankan pada 20 Mei 2022 selama 1:58:30jam melalui temubual di kediaman Encik
Haji Mohd Amin Bin Othman yang bertempat di No 7, .Jalan Sukarela Larkin Garden, 80350 .Johor Bahru, Johor. Soalan ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama yang berorientasikan soalan am yang berkenaan latar belakang diri responden dan sejarah peketjaan responden untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang responden dan sejarah pekerjaan responden. Bahagian yang kedua adalah berkenaan soalan umum mengenai pendapat atau pandangan tentang Puteri Gunung Ledang. Bahagian yang ketiga lebih spesifik iaitu soalan yang lebih kepada obiektif kajian iaitu kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang, masalah mistik dan mitos serta sejarah Penubuhan Taman Negara Gunung Ledang. Pada penghujung temubual ini, beliau berharap supaya Resort Gunung Ledang masih dikekalkan sebagai Resort untuk latihan kepada para pendaki Gunung Ledang. Ini kerana beliau menubuhkan Resort tersebut supaya para pendaki dapat menjadikan Resort tersebut sebagai tempat latihan. Melalui projek sejarah lisan in juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang akan mengenali lebih lanjut dan mendalam tentang kearifàn tempatan ini. Beliau juga berharap kisah Lagenda ini dapal diperkatakan sehingga kini dan diperbanyakkan lagi huku bacaan mengenai kisah ini serta dapat didokumentasikan supaya generasi akan datang dapat mengetahui tentang kisah ini. Justeru, ihu bapa juga memainkan peranan penting dalam pengetahuan generasi muda supaya generasi muda mengetahui tentang kepentingan sejarah lisan ini.
Kata kunci: Encik Haji Mohd Amin Bin Othman, Puteri Gunung Ledang, Kearifan Tempatan, Sejarah Lisan

Download

[thumbnail of 112204.pdf] Text
112204.pdf

Download (277kB)

ID Number

112204

Indexing

Statistic

Statistic details