Transkrip temubual bersama Encik Rahim bin Abu Bakar bekas Renjer di Gunung Ledang mengenai lagenda Puteri Gunung Ledang / Nur Athirah Romidi dan Nurin Farisya Rafee

Romidi, Nur Athirah and Rafee, Nurin Farisya (2022) Transkrip temubual bersama Encik Rahim bin Abu Bakar bekas Renjer di Gunung Ledang mengenai lagenda Puteri Gunung Ledang / Nur Athirah Romidi dan Nurin Farisya Rafee. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang bekus renjer yang bekerja di Gunung Ledang, Tangkak, Johor, iaitu Encik Rahim bin Abu Bakar. Wawancara ini dilakukan untuk mengetahui pengalamannya dalam bekerja sebagai renjer yang sudah bertahun lamanya. Sebelum beliau bekerja sebagai renjer, beliau merupakan Penggerak Rakan Midda untuk menggerakkan aktiviti belia di seluruh daerah Muar, Johor oleh Allahyarham Tuan Haji Hamdan Bin Kasbun yang merupakan selaku Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Rahim telah diamanahkan untuk menjadi ketua yang bertanggungjawab untuk memimpin satu pasukan yang dinamakan Teras Ledang. Pada ketika itu, pasukan ini belum aktif dan mereka hanya membawa pendaki-pendaki yang berminat untuk mendaki Gunung Ledang dengan selamat. Setelah ó bulan, beliau dan ahli yang lain diberi kursus selama 3 hari oleh seorang sarjan Pasukan Gerakan Am (PGA) iaitu Sarjan Kemat dimana semasa kursus itu mereka diajar tentang cara ikhtiar hidup di hutan yang mencabar. Selepas itu, barulah pasukan ini diiktiraf di peringkat daerah dan dikenali. Beliau menceburi dalam bidang pekerjaan sebagai renjer disebabkan oleh minat beliau sendiri dalam melakukan aktiviti luar iaitu meneroka hutan, bukit, sungai, laut dan aktiviti mencabar yang lain. Pengetahuan serta pengalamannya selama bekerja sebagai renjer di Gunung Ledang dapat menjadi sumber lisan yang dapat membuktikan kesahihan tentang Kisah Legenda Puteri Gunung Ledang ini. Melalui sejarah lisan ini, diharapkan masyarakat dapat menambahkan pengetahuan mereka tentang Legenda Puteri Gunung Ledang ini dan dapat menghargai kearifan tempatan supaya tidak hilang ditelan zaman.
Kata kunci: Encik Rahim, pengalaman, Bekas Renjer, Puteri Gunung Ledang, Gunung Ledang

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Romidi, Nur Athirah
2021149619
Rafee, Nurin Farisya
2021588017
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > The myth. Comparative mythology > Myth. The nature of myth > Malaysia
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature > Malaysia
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail
Keywords: Interview transcript, Encik Rahim bin Abu Bakar, Former ranger, Gunung Ledang, Puteri Gunung Ledang legend, Malaysian folklore, Oral tradition, Cultural heritage
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112200
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112200.pdf] Text
112200.pdf

Download (157kB)

ID Number

112200

Indexing

Statistic

Statistic details