Transkrip temubual bersama Tok Batin Awang bin Alok dalam bidang kearifan tempatan mengenai lagenda Tasik Chini / Nur Syafiqah Suhari dan Nur Syakirah Haron

Suhari, Nur Syafiqah and Haron, Nur Syakirah (2022) Transkrip temubual bersama Tok Batin Awang bin Alok dalam bidang kearifan tempatan mengenai lagenda Tasik Chini / Nur Syafiqah Suhari dan Nur Syakirah Haron. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini mengetengahkan kisah lagenda mahsyur di Malaysia iaitu mengenai Lagenda Tasik Chini daripada perspektif Tok Batin Awang Bin Alok. Beliau merupakan seorang tokoh kearifan tempatan yang memberi sumbangan besar sebagai tonggak penyambung legasi Lagenda Tasik Chini sehingga ke hari ini. Namun begitu, masih wujud ramai golongan masyarakat yang tidak lagi mengambil endah akan kisah-kisah lagenda tempatan malahan sanggup memutar belitkan lagenda sedia ada. Justeru itu, transkrip ini merungkai beberapa kisah dan buah mulut masyarakat berkaitan dengan sejarah pembentukan Tasik Chini sejak zaman berzaman. Sejarah Kota Lama Empayar Khmer yang dikaitkan dengan Tasik Chini turut dirungkai kesahihannya melalui kaedah sejarah lisan yang dijalankan. Selain menyentuh mengenai sejarah pembentukannya, kajian ini turut membawa kepada penceritaan kisah-kisah lagenda, mitos dan mistik yang berlegar-legar dalam kalangan penduduk tempatan. Pengalaman dan kebenaran berkaitan dengan naga yang dikatakan wujud di tasik tersebut terungkap dalam perkongsian daripada Tok Batin Awang Bin Alok. Malahan, kisah-kisah misteri yang dialami penduduk tempatan juga turut diketengahkan dalam kajian ini. Kajian ini juga amat penting dalam menghurai dan mengkaji kepentingan dan keistimewaan Tasik Chini yang membawa kepada sisi gelap yang berlaku kepada tasik tersebut dalam tempoh tahun terdekat. Melalui kajian sejarah lisan ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat berkaitan dengan Lagenda Tasik Chini dengan lebih meluas.

Download

[thumbnail of 112199.pdf] Text
112199.pdf

Download (289kB)

ID Number

112199

Indexing

Statistic

Statistic details