Pertandingan The Debate Wars 14 Jun 2023 / Hazlin Ibrahim Khan

Ibrahim Khan, Hazlin (2023) Pertandingan The Debate Wars 14 Jun 2023 / Hazlin Ibrahim Khan. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Telah berlangsung Program Perasmian Penutup bagi Pertandingan The Debate Wars yang dikendalikan oleh Kelab Bahasa Inggeris, Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Pertandingan The Debate Wars telah dijalankan selama 2 hari bermula, 13 Jun 2023 hingga 14 Jun 2023. Sebanyak 4 kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, terdiri daripada pelajar dari Fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Melaka. Perasmian penutup telah dijalankan di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, bermula 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dan dirasmikan oleh Encik Adi Idham Jailani, Pensyarah Kanan, Fakulti Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, selaku wakil PTAR, diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Encik Adi Ilham Jailani. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya dan semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan The Debate Wars. PTAR berharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi manfaat kepada semua, khususnya pelajar dalam memupuk minat membaca serta menggalakkan pelajar menceburi pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh UiTM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim Khan, Hazlin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Jantan, Azizi
UNSPECIFIED
Editor
Rambeli, Shahidatul Akhmam
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: The Debate Wars, Kelab Bahasa Inggeris, Program Perasmian Penutup.
Collections: Buletin IQRA'
Date: 14 June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112185
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112185.pdf] Text
112185.pdf

Download (10MB)

ID Number

112185

Indexing

Statistic

Statistic details