Majlis Perasmian dan Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023. 7 Jun 2023 / Ilya Nur Fateen Othman

Othman, Ilya Nur Fateen (2023) Majlis Perasmian dan Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023. 7 Jun 2023 / Ilya Nur Fateen Othman. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada 7 Jun 2023 (Rabu), jam 4 petang yang bertempat di Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 6 Jun 2023 sehingga 7 Jun 2023. Program ini telah diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan bersama ahli jawatankuasa yang lain iaitu kakitangan PTAR UiTM Cawangan Melaka terdiri dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Unit Arkib Cawangan Melaka dan Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Tujuan program ini diadakan bagi menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2023, berdasarkan agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti. Program ini telah dirasmikan oleh Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka di Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah pada jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Majlis penyampaian hadiah juga telah disampaikan oleh Rektor kepada para pemenang dalam pelbagai kategori.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Ilya Nur Fateen
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Jantan, Azizi
UNSPECIFIED
Editor
Rambeli, Shahidatul Akhmam
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: Sambutan Hari Arkib Antarabangsa, Globally Marketable, Turning Globally Marketable Staff, Pengurusan rekod penting Universiti.
Collections: Buletin IQRA'
Date: 7 June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112184
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112184.pdf] Text
112184.pdf

Download (7MB)

ID Number

112184

Indexing

Statistic

Statistic details