Abstract
Pada 20 Jun 2023 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku yang bertempat di Perpustakaan Cendekiawan UiTM Kuala Terengganu. Pihak perpustakaan telah menjemput Dato’ Dr. Haji Abdul Lati Awang iaitu penulis buku dan tokoh akademik untuk melancarkan buku yang bertajuk “Lonjakan Kuantum Daripada Fizik Ke Politik Sebuah Autobiogra ”. Majlis berlangsung pada pukul 2.30 petang dengan kehadiran Dato’ Dr. Haji Abdul Lati Awang dan Prof Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan, Penolong Rektor UiTMCT Kampus Kuala Terengganu untuk pelancaran buku tersebut. Majlis tersebut dihadiri oleh warga staf dan pelajar bagi menyokong hasil penerbitan Dato’ serta mendapat ilham untuk berkarya. Sebelum majlis pelancaran buku, Ybhg. Dato’ turut mengulas isi kandungan tersebut bagi memberi galakan dan dorongan kepada warga universiti mengenai sejarah kehidupan beliau sehingga kini. Sebagai tanda pelancaran buku, gimik pelancaran mengenai Dato’ dan hasil nukilan yang diterbitkan telah disiarkan dan seterusnya dengan menandatangi buku “Lonjakan Kuantum Daripada Fizik Ke Politik Sebuah Autobiogra ”. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Anuar, Nurmaisari UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jantan, Azizi UNSPECIFIED Editor Rambeli, Shahidatul Akhmam UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Majlis pelancaran buku, “Lonjakan Kuantum Daripada Fizik Ke politik Sebuah Autobiografi”, galakan membaca |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 12 June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112183 |