Mobile Library @ Kolej Kerawang / Nurmaisari Che Anuar

Che Anuar, Nurmaisari (2023) Mobile Library @ Kolej Kerawang / Nurmaisari Che Anuar. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Pada 12 Jun 2023 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Program Mobile Library yang bertempat di Kolej Kerawang UiTM Kuala Terengganu. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.00 petang diadakan untuk menggalakkan warga kampus untuk peminjaman buku-buku yang dibawa dari perpustakaan. Di samping itu, pelbagai perkhidmatan perpustakaan turut di war-warkan kepada warga kampus seperti Peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan digital. Tujuan program ini diadakan bagi memudahkan staf perpustakaan untuk berinteraksi dengan pengguna dan menerangkan mengenai perpustakaan. Bagi menggalakkan peminjaman buku dari warga kampus terutamanya pelajar, setiap peminjam yang meminjam lebih daripada 2 naskhah buku akan berpeluang untuk menjawap kuiz perpustakaan dan mendapat hadiah yang menarik. Walaubagaimana pun, bagi peminjam yang meminjam 1 naskhah buku sahaja akan memperolehi notepad sebagai cenderahati daripada Perpustakaan Cendekiawan. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Anuar, Nurmaisari
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: Program Mobile Library, peminjaman buku-buku, perkhidmatan perpustakaan digital, berinteraksi dengan pengguna.
Collections: Buletin IQRA'
Date: 12 June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112182
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112182.pdf] Text
112182.pdf

Download (16MB)

ID Number

112182

Indexing

Statistic

Statistic details