Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman hidup seorang responden yang 'llerupakan bekas ren.jer hutan di Gunung Ledang Resort yang mempunyai pengetahuan tentang kisah lagenda Puteri Gunung Ledang semasa bekerja di Gunung Ledang. Ramai dalam kalangan masvarakat tidak mengetahui secara langsung mengenai tentang kisah lagenda Puteri Gunung Ledang ini yang merupakan satu sejarah lama yang perlu diketengahkan sentula. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai salah satu responden yang mempunyai pengalaman sejarah di Gunung Ledang ini, projek lisan ini akan cuba mengungkap kebenaran sebenar di sebalik isu yang sering dikaitkan dengan lagenda Puteri Gunung Ledang iaitu mitos dan mistik. Bermula dari sejarah Puteri Gunung Ledang, kajian ini turut memfokusktut secara menyeluruh tentang mitos Puteri Gunung Ledang dan kisah mistik yang pernah berlaku oleh diri responden dan juga pelancong serta sedikit mengenai sejarah penubuhan Taman Negara Gunung Ledang. Kajian ini bukan sahaja melalui Encik Sukri sendiri, malah ianya turut diperolehi oleh beberapa sumber yang lai" bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan dalam kajian yang dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awant. Melalui projek lisan ini juga, diharap masyarakat litar terutamanya generasi pada masa sekarang akan mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang kisah lagenda Puteri Gunung Ledang ini.
Kata kunci: Lagenda Puteri Gunung Ledang, Mitos, Mistik, Gunung Ledang Resort, Taman Negara Gunung Ledang
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haslahuddin, Farah Hana 2021113465 Abu Mansor, Nur Hatikah 2021100839 |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > General works P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Puteri Gunung Ledang, Oral history, Forest ranger experiences, Gunung Ledang, Malaysian folklore, Environmental history, Ranger biography |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112159 |