Abstract
Transkrip ini mengandungi rakaman temubual Bersama seorang koordinator Gunung Ledang iaitu Encik Shamsuddzukha bin Hj. Hashim bagi berkongsi pengalaman beliau berkaitan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang. Sesi temubual dijalankanpada 25 Mei 2022 selama 2:43:56 jam di pejabatnya yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Air dan Udara, Desaru. Soalan-soalan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berorentasikan soalan am berkenaan latar belakang diri dan sejarah pekerjaan responden untuk mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang dan sejarah pekerjaan responden. Bahagian kedua mengenai soalan umum berkaitan dengan pendapat dan pandangan peribadi beliau berkenaan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang ini. Bahagian ketiga pula mengenai soalan yang menjurus kepada objektif kajian iaitu berkenaan dengan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang, kisah-kisah mistik dan mitos, serta sejarah penubuhan Taman Negara Gunung Ledang. Pada penghujung temubual, beliau memberi nasihat kepada Renjer Teras Ledang yang sedang berkhidmat serta untukpengunjung-pengunjung Gunung Ledang. Beliau menasihatkan supaya orang ramai perlu menjaga kebersihan Gunung Ledang kerana ianya khazanah bumi semulajadi yang perlu dijaga sehingga ke harini. Harapan beliau adalah supaya semua pengunjung menitik beratkan kebersihan walau di mana pun mereka berada, tidak kiralah di Gunung Ledang mahupun di tempat Iain. Melalui projek lisan inijuga, diharap masyarakat tempatan mahupun luar terutamanya generasi kini dapat mengetengahkan kisah Lagenda ini dah masih berminat untuk mengetahui secara mendalam tentang kearifan tempatan kerana kearifan tempatan amatlah penting dan perlu diketengahkan sehingga masa kini. Beliau juga berharap supaya kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang ini serta tidak melupakan walaupun kisah ini sudah bertahun lamanya.
Kata Kunci: Encik Shamsuddzukha bin Hj. Hashim, Lagenda Puteri Gunung Ledang, Kearifan
Tempatan, Sejarah Lisan, Temubual, Mistik dan Mitos, Gunung Ledang
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Daud, Nur Fazdilah 2021114523 Makhtar, Nur Syamimi 2021103069 |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Keywords: | Puteri Gunung Ledang, Malay legend, Malaysian folklore, Oral history, Cultural heritage, Legend narration |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112153 |