Abstract
Malaysia merupakan satu Negara yang harmoni dan kaya dengan pelbagai budaya bergabung menjadi satu membentuk "Keluarga Malaysia". Kajian ini akan mengkongsikan berkenaan budaya masayarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Kaum ini telah wujud sejak beberapa abad yang lalu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pedangang daripada negara Cina yang telah datang ke Melaka dan mengahwini wanita tempatan lalu terjadilah asimilasi tanpa paksaan dapat membentuk suatu kaum yang sangat unik dan kaya dengan budaya mereka tersendiri. Di dalam kajian ini terdapat pelbagai informasi berkaitan adat budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka mengenai elemen-e/emen menarik seperti cara kehjdupan sehinggalah makanan tradisi kaum ini sendiri. Informasi yang diberikan adalah hasil temubual bersama YB Dato Ronald Gan Yong Hoe, Presiden Persatuan Baba Nyonya Malaysia. Beliau merupakan keturunan Baba Nyonya tulen yang dilahirkan dan dibesarkan di negeri Melaka. Diharapkan, dengan segala ilmu dan informasi yang telah dikongsikan oleh reponden ini dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan kaum Baba dan Nyonya yang unik dan masih kurang diketengahkan oleh masyarakat di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hazrin, Nurul Izzati Nazura 2021512765 Md Saidi, Maryam 2021724189 |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects > Ethnicity. Ethnic relations H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > General works H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Races. Including race as a social group and race relations in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Keywords: | Baba Nyonya, Peranakan culture, Melaka, Malaysian ethnic groups, Cultural heritage, Community life, Oral history |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112151 |