Abstract
Transkrip ini membincangkan tentang seorang tokoh yang berpengalaman dalam bidang Seni Warisan Kuda Kepang. Beliau mula menceburi bidang kuda kepang ini sejak berumur 18 tahun sehingga kini dan telah dilantik sebagai Tokoh serta telah memperolehi banyak anugerah. Dalam era globalisasi ini, masih ada masyarakat pada masa kini yang tidak mengetahui tentang Seni Warisan dan tidak menyedari kewujudannya termasuklah dalam bidang kuda kepang ini. Tembual ini dijalankan selama 2 jam 03 minit di halaman rumah tokoh yang bertempat di Kampung Sungai Nibong, Batu Pahat, Johor pada 25 Mei 2022. Temubual ini didokumentasikan kepada masyarakat supaya mereka mendapat maklumat dan dapat memberikan pandangan mereka terhadap seni warisan dalam bidang kuda kepang khususnya. Sejarah lisan ini merungkai latar belakang, cara tarian, mistik, mitos, persoalan dan pengalaman seorang tokoh kuda kepang yang telah bergiat dalam seni warisan ini lebih dari 60 tahun. Kajian ini berdasarkan pengalaman tokoh sendiri dan dibantu oleh sumber-sumber lain untuk melihat gambaran secara keseluruhan mengenai kuda kepang ini. Diharapkan kajian ini membantu untuk memberikan gambaran sebenar mengenai apa itu seni warisan kuda kepang disamping memberitahu orang ramai tentang kewujudan seni warisan ini yang patut dikekalkan untuk generasi akan datang.
KATA KUNCI: Kuda Kepang, Seni Warisan, Sejarah Lisan. Tokoh, Tarian.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azman, Noraishikin 2021171719 Nor Azar, Fatin Nurain 2021393679 |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature > Malaysia T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112145 |