Transkrip temubual bersama Encik Aszhari bin Hassim bekas Renjer Taman Negara Gunung Ledang mengenai perkisahan Puteri Gunung Ledang/ Nur Auni Muhammad Raziff dan Nabila Fatiha Rosly

Muhammad Raziff, Nur Auni and Rosly, Nabila Fatiha (2022) Transkrip temubual bersama Encik Aszhari bin Hassim bekas Renjer Taman Negara Gunung Ledang mengenai perkisahan Puteri Gunung Ledang/ Nur Auni Muhammad Raziff dan Nabila Fatiha Rosly. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini mengandungi rakaman temubual bersama seorang tokoh yang merupakan bekas renjer di Gunung Ledang iaitu Encik Mohd Aszahari bin Hassim yang telah menyumbangkan kerjasama untuk memberi penerangan berkaitan dengan sejarah penubuhan Taman Negara Gunung Ledang serta mistik dan mitos Puteri Gunung Ledang. Sesi temubual telah dijalankan pada 21 Mei 2022 bersamaan dengan hari Isnin. Durasi bagi sesi temubual berlangsung sehingga 2:44:34 jam. Selepas mendapat persetujuan, telah diadakan sesi tersebut bertempatkan di Tiger Basecamp, Sedili, Johor yang merupakan lokasi tapak rekreasi dan perkhemahan. Telah ditujukan kepada beliau akan soalan-soalan berkaitan dengan objektif untuk melengkapkan hasil kajian. Soalan-soalan yang dirangka telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang berbeza untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih spesifik. liitu orientasi, umum dan pandangan. Bahagian pertama berpaksikan kepada soalan yang terjurus kepada latar belakang serta pengalaman beliau sepanjang berkhidmat sebagai renjer di Gunung Ledang. Manakala bahagian dua memfokuskan kepada pendapat serta pandangan beliau terhadap beberapa isu atau fakta yang berkaitan dengan topik kajian. Bahagian tiga merupakan soalan khusus yang telah dirangka dengan berdasarkan objektif kajian yang digubal. Menjalani projek Sejarah Lisan itu akan membuka ruang bagi seseorang untuk mengenali tokoh dengan mendalam melalui kaedah wawancara ataupun soal selidik. Diharapkan agar perkisahan Gunung Ledang ini terus-menerus disampaikan untuk memastikan ia kekal terpelihara dan terus-menerus diketahui sebagai cerita rakyat yang berharga.
Kata Kunci: Encik Mohd Aszahari bin Hassim. Puteri Gunung Ledang, Bidang Perhutanan. Kearifan Tempatan, Sejarah Lisan

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhammad Raziff, Nur Auni
2021949991
Rosly, Nabila Fatiha
2021117435
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
P Language and Literature > PN Literature (General) > Literary history > Folk literature > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Keywords: Puteri Gunung Ledang, Taman Negara Gunung Ledang, Malay folklore, Oral history, Malaysian literature, Interview transcript
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112137
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112137.pdf] Text
112137.pdf

Download (218kB)

ID Number

112137

Indexing

Statistic

Statistic details