Abstract
Dalam usaha memperkukuh jaringan akademik dan memperkasa perkongsian ilmu di peringkat global, Pusat Pengajian Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, telah menganjurkan program Sambas Mobility Knowledge Transfer. Program ini dilaksanakan dari 24 hingga 27 Ogos 2024 di dua institusi terkemuka di Sambas, Indonesia: Institut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiuddin Sambas (IAIS) dan Politeknik Negeri Sambas (POLTESA), menyemarakkan kerjasama antara negara dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan. Pelaksanaan program Sambas Mobility Knowledge Transfer yang telah dirancang seawal tahun 2023, adalah inisiatif strategik dan penanda aras yang selari dengan aspirasi UiTM dalam memperkukuh kerjasama global serta memperkaya perkongsian ilmu antara UiTM dan institusi antarabangsa yang terpilih. Institut Agama Islam Sultan Muhammad Syafiuddin Sambas (IAIS) dan Politeknik Negeri Sambas (POLTESA) dipilih sebagai rakan kolaborasi utama kerana latar belakang mereka yang relevan serta komitmen bersama dalam memajukan bidang ilmu, terutamanya dalam pengurusan maklumat dan teknologi maklumat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Jawi, Abdul Ismail UNSPECIFIED Halamy, Suhaida UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Bulletin of School of Information Science, UiTM Sarawak |
ISSN: | 3030-5578 |
Volume: | 2 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-10 |
Keywords: | jelajah ilmu, jaringan ekonomi, perkongsian ilmu, global |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 27 August 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112133 |