Transkrip wawancara bersama Puan Hajah Zabedah binti Osman Tokoh Anugerah Guru Pahang / Mardiana Ikhmar Norazli and Nur Azilah Ahmad Nizam

Norazli, Mardiana Ikhmar and Ahmad Nizam, Nur Azilah (2021) Transkrip wawancara bersama Puan Hajah Zabedah binti Osman Tokoh Anugerah Guru Pahang / Mardiana Ikhmar Norazli and Nur Azilah Ahmad Nizam. [Oral History] (Unpublished)

Abstract

Transkrip ini mengandungi wawancara sejarah lisan yang dijalankan ke atas seorang tokoh pendidikan iaitu Puan Hajah Zabedah binti Osman bagi mengetahui maklumat berkaitan beliau mengenai sejarah perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan. Wawancara telah dijalankan di rumah beliau iaitu di Pekan, Pahang. Beliau telah dilahirkan di Kampung Benta, Langgar, Pekan. Sepanjang perkahwinan beliau dengan Allahyarham Saadon bin Haji Yaacob, beliau telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sungai Lembing dan Sekolah Menengah Abdul Rahman Tali. Beliau memulakan karier dalam bidang pendidikan pada tahun 1977 di SMK Sungai Lembing dan diikuti dengan lima buah sekolah lain di Pahang sehingga tahun 2006. Sekolah pertama beliau dilantik menjadi seorang pengetua ialah di SMK Nenasi, Pekan. Selepas bersara daripada guru, beliau terlibat juga berkhidmat di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Rompin dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dari tahun 2007 sehingga 2011. Pelbagai anugerah yang telah diterima oleh beliau antaranya anugerah Tokoh Guru Pahang pada tahun 2016. Transkrip ini juga menghuraikan tentang sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan juga harapan beliau terhadap generasi muda pada masa kini.

Metadata

Item Type: Oral History
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Norazli, Mardiana Ikhmar
2018222026
Ahmad Nizam, Nur Azilah
2018641168
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abdullah, Nurulannisa
UNSPECIFIED
Interviewee
Osman, Zabedah
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Keywords: tokoh guru, pendidikan, generasi muda, guru, pelajar
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112131
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112131.pdf] Text
112131.pdf

Download (1MB)

ID Number

112131

Indexing

Statistic

Loading...

Statistic details