Abstract
Temubual ini dijalankan bersama seorang tokoh pendidikan iaitu Puan Zubaidah binti Mohaidin yang berkhidmat sebagai guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan. Puan Zubaidah telah berkhidmat di SK Permatang Badak selama 27 tahun. Minat yang mendalam terhadap kerjayanya telah mencetuskan idea kepada beliau untuk menghasilkan NIBT (Nyanyi, Ingat, Baca, Tulis) untuk murid prasekolah dan tadika. Kaedah NIBT telah diperkenalkan sejak tahun 2005. Kaedah NIBT ini telah meningkatkan kemahiran literasi murid serta membolehkan mereka membaca dan menulis dengan baik dalam tempoh tiga bulan. Puan Zubaidah telah dinobatkan sebagai naib juara guru inovatif peringkat kebangsaan 2014 melalui inovasi yang dihasilkan oleh beliau. Pada tahun 2016 pula, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang cabaran inovasi zon Pantai Timur kategori awam. Seterusnya, beliau telah ditemu ramah mengenai penghasilan NIBT dan kisah beliau telah dimuatkan dalam akhbar pada bulan April 2016. Selain itu, Puan Zubaidah telah menghasilkan tiga inovasi iaitu NIBT, NIBT Jawi dan NIBT Sayangku yang digunakan untuk kanak-kanak sekolah dan pemulihan. Penghasilan NIBT oleh Puan Zubaidah telah mengangkat beliau sebagai ikon guru inovatif pada tahun 2018. Sepanjang bergelar guru prasekolah, pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh beliau untuk membentuk murid yang cemerlang. Perjalanan hidup dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat khususnya kepada guru-guru di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Wisly, Che Norlyhawa 2018222054 Mohd Rosli, Nurul Hashimah 2018641356 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abdullah, Nurulannisa UNSPECIFIED Interviewee Mohaidin, Zubaidah UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LB Theory and practice of education > Early childhood education L Education > LB Theory and practice of education > Primary Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | tokoh guru, prasekolah, inovasi pendidikan, kreativiti, guru cemerlang |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112128 |