Bicara pakar bersama Perpustakaan Negara Malaysia. 21 Jun 2023 / Abdul Hadi Idris

Idris, Abdul Hadi (2023) Bicara pakar bersama Perpustakaan Negara Malaysia. 21 Jun 2023 / Abdul Hadi Idris. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Sempena Karnival Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) 2023 yang diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2023, telah diadakan satu program perkongsian ilmu iaitu Bicara Pakar bersama Perpustakaan Negara Malaysia bertajuk Penerbitan: Prosedur Sebelum, Semasa, Selepas. Program anjuran Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTMCT Sesi 2022/2023 dan Unit Penerbitan & Penyelidikan Mahasiswa ini telah berlangsung pada 21 Jun 2023, Rabu, jam 10.00 pagi melalui platform atas talian Webex Meeting. Objektif utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk memberi panduan kepada warga UiTM berkenaan kaedah dan prosedur yang perlu dipatuhi sebelum, semasa, dan selepas mendaftar penerbitan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk mendapatkan ISBN/ISSN. Sesi bicara pakar yang berlangsung selama satu jam ini telah dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah, Pustakawan Kanan UiTMCT sebagai moderator program, manakala pengisian program pula dibentangkan dengan jelas dan terperinci oleh Puan Maulidiah Abd Rahman, Penolong Pengarah, Pusat Bibliogra Negara PNM, selaku penceramah jemputan. Keseluruhan program ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan warga UiTM Malaysia. Seramai 341 orang penonton telah menghadiri sesi perkongsian ilmu ini dan rata-ratanya berpuas hati dengan memberi maklumbalas yang positif dalam penilaian yang telah diedarkan. Semoga program bersama pakar seperti ini telah dapat memberi manfaat kepada semua.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Abdul Hadi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Jantan, Azizi
UNSPECIFIED
Editor
Rambeli, Shahidatul Akhmam
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: Bicara Pakar bersama Perpustakaan Negara Malaysia, prosedur, pendaftaran penerbitan
Collections: Buletin IQRA'
Date: 21 June 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112101
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112101.pdf] Text
112101.pdf

Download (4MB)

ID Number

112101

Indexing

Statistic

Statistic details