Abstract
Pada 16 Jun 2023 yang lalu, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program Speak Up@PTAR with Ms. Marni Jamil, Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa. Ianya telah dilaksanakan di ruang Library Community Engagement, PTAR UiTMCPP selama 2 jam bermula 8.00 pagi. Program ini bertujuan untuk menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di peringkat universiti dengan menyediakan pentas kepada warga kampus terutama mahasiswa bagi menyampaikan pendapat mereka mengenai topik yang diutarakan oleh Cik Marni Jamil selaku fasilitator. Selain itu, ia juga dapat melatih peserta bercakap dengan tatabahasa, susunan ayat dan sebutan yang betul di hadapan penonton. Seramai 16 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini dengan penyampaian pidato dari pelbagai topik selama 3 minit setiap seorang. Secara keseluruhannya melalui aktiviti ini, ia dapat membantu mahasiswa secara khususnya berkongsi pendapat mereka secara berhemah dan berasaskan fakta.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamad Sam, Rafidah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jantan, Azizi UNSPECIFIED Editor Rambeli, Shahidatul Akhmam UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library information networks |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Speak Up@PTAR, budaya keilmuan dan intelektual, melatih peserta bercakap dengan tatabahasa, susunan ayat dan sebutan yang betul. |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 16 June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112067 |