Abstract
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pensyarah Pusat Pengajian Sains Maklumat, para pelajar di bawah seiaan En. Sharin Bin Sulaiman telah mengambil insiatif untuk mengadakan satu jamuan pagi bersama para pensyarah Pusat Pengajian Sains Maklumat terutama yang pernah mengajar mereka dari semester 1 hingga semester akhir. Jamuan pagi ini diadakan pada 19 Januari 2024 hari Jumaat pada pukul 9.00 pagi bertempat di blok G bilik kuliah G109. Antara pensyarah yang hadir ialah En. Sharin Bin Sulaiman selaku Penasihat Akademik, Puan Norlida binti Ismailly, Dr Hajah Imilia binti Ibrahim, Puan Sabariah binti Abdul Samad, Puan Nurfaizah binti Kamarudin, Puan Zainon binti Haji Bibi, Ts Abdul Ismail bin Mohd Jawi dan Cik Nor Hayati binti Kassim dan seramai 17 orang mantee yang hadir manakala 3 lagi tidak dapat hadir atas urusan peribadi. Pensyarah yang lain turut dijemput namun tidak dapat menghadirkan diri atas komtimen kuliah dan peribadi. Antara jamuan yang dihidangkan ialah nasi lemak, bihun goreng, karipap, popia dan air minuman hasil usahasama para pelajar dan ada juga para pensyarah lain yang membawa bersama kuih muih dan air minuman kotak.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Sharin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Bulletin of School of Information Science, UiTM Sarawak |
ISSN: | 3030-5578 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 43-44 |
Keywords: | jamuan penghargaan, Pusat Pengajian Sains Maklumat, UiTM Sarawak |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 19 January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112066 |