Apple day@PKEJ - lecturers appreciation day 17 Mei 2023 / Rizana Mohd Radwan

Mohd Radwan, Rizana (2023) Apple day@PKEJ - lecturers appreciation day 17 Mei 2023 / Rizana Mohd Radwan. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Sambutan Hari Guru Sedunia mula diperkenalkan Unesco pada 1994, merupakan satu hari istimewa yang diistiharkan untuk mengenang hari para guru dan juga pendidik. Walau bagaimanapun, tarikh sambutan adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini. Sebagai contoh negara Albania hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan Mexico pada 1 Mei. Pada 17 Mei 2023 bersamaan hari Rabu, bersempena bulan sambutan Hari Guru ini, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak telah menjalankan satu aktiviti bagi kesinambungan warga pelajar memperingati sambutan hari Guru. Walaupun sinonim dengan sambutan hari Akademia yang akan berlangsung pada 5 Oktober pada setiap tahun, sambutan hari Guru / pendidik ini tetap dijalankan bagi meneruskan budaya memperingati pendidik yang telah ditanamkan dari peringkat sekolah rendah dan menengah. PKEJ telah mempelawa para pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan menyertai aktiviti ini dalam bentuk serahan cenderamata kepada pensyarah. Dengan pembelian berjumlah RM3, pelajar akan mendapat sebiji Epel Red Delicious yang dipilih khas, berbentuk hati klasik, dengan rasa yang manis, rangup dan bertaraf 5 bintang. Epel ini telah dihias cantik oleh staf PKEJ dan disertakan sekeping kad bagi pelajar menyatakan penghargaan mereka kepada pendidik. Pelajar akan menyerahkan hadiah ini kepada pensyarah kesayangan masing-masing dan momen menarik yang berjaya dirakamkan dan dimuatnaik ke dalam media sosial akan mendapat saguhati dari pihak PKEJ. Aktiviti yang mendapat kerjasama dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan PERKA (Persatuan Kejuruteraan Awam) yang bertindak selaku rakan strategik ini diharapkan dapat member impak kepada semangat, motivasi dan ekosistem warga pendidik di Kolej Pengajian Kejuruteraan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Radwan, Rizana
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Sulaiman, Jamalludin
UNSPECIFIED
Editor
Rambeli, Shahidatul Akhmam
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library education. Training
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: Apple day@PKEJ, sambutan hari guru.
Collections: Buletin IQRA'
Date: 17 May 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112037
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112037.pdf] Text
112037.pdf

Download (19MB)

ID Number

112037

Indexing

Statistic

Statistic details