Ceramah Ramadhan: Syukur Padamu 12 April 2023 / Abdul Hadi Idris

Idris, Abdul Hadi (2023) Ceramah Ramadhan: Syukur Padamu 12 April 2023 / Abdul Hadi Idris. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Unit Sumber Bercetak, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), telah menganjurkan satu ceramah secara bersemuka bersempena bulan Ramadhan bertajuk Syukur PadaMu yang bertempat di Ruangan Bacaan Majalah Aras 1 Perpustakaan pada 12 April 2023, Rabu yang lalu. Hadir sebagai penceramah jemputan bagi program ini ialah Ustaz Wahairi Mahmud, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Terengganu. Beliau merupakan seorang penceramah yang berpengalaman luas dan aktif memberi ceramah di masjid dan surau; dalam dan luar UiTMCT. Program yang bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai lebih 30 orang peserta daripada pelbagai unit dan bahagian UiTM Cawangan Terengganu, dan juga pelajar. Saguhati penyertaan disediakan kepada 20 orang peserta terawal. Antara pengisian yang dikongsikan dalam ceramah Syukur padaMU ialah setiap individu Muslim haruslah mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang dengan izin-Nya kita dapat beribadah dalam bulan Ramadhan yang mulia tahun ini. Ramadhan sememangnya bulan yang patut kita lalui dengan melakukan amal ibadah samada ibadah wajib mahupun sunat dengan penuh ketaqwaan dan secara bersungguh-sungguh, melebihi daripada bulan-bulan yang lain, demi meraih pahala yang berlipat ganda seterusnya mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Abdul Hadi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Sulaiman, Jamalludin
UNSPECIFIED
Editor
Rambeli, Shahidatul Akhmam
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Benevolent work. Social work. Welfare work, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: Ceramah Ramadan, Syukur Padamu, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT)
Collections: Buletin IQRA'
Date: 12 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111951
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111951.pdf] Text
111951.pdf

Download (18MB)

ID Number

111951

Indexing

Statistic

Statistic details