Bengkel Pengawas Pusat Sumber Sek. Men. Islam Darul Bayan, Paka, Terengganu 12 April 2023 / Abdul Hadi Idris

Idris, Abdul Hadi (2023) Bengkel Pengawas Pusat Sumber Sek. Men. Islam Darul Bayan, Paka, Terengganu 12 April 2023 / Abdul Hadi Idris. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Shah Alam.

Abstract

Pada 12 April 2023, Rabu, telah diadakan satu Bengkel Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang dianjurkan secara bersemuka oleh Maktabah ‘Ilmi Al-Bayan, Sek. Men. Islam Darul Bayan, Paka, Terengganu. Pihak Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah dijemput bagi memberi taklimat dan panduan kepada 16 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah di sekolah tersebut. Taklimat dan pengisian sepenuhnya dikendalikan oleh Cik Asmahani Abdullah (Pustakawan Kanan) selaku penceramah bengkel. Hadir sebagai fasilitator ialah Puan Ayuzawahie Amran (Pembantu Pustakawan Kanan), bersama Puan Hafsah Mustafa (Pembantu Pustakawan). Antara pengisian bengkel tersebut ialah perincian skop tugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah, dan pengurusan teknikal koleksi perpustakaan termasuk pengkelasan, asas pengkatalogan, dan penyusunan buku di perpustakaan. Peserta bengkel juga diberi latihan berkumpulan dengan aktiviti membuat salinan pengkatalogan dan memberi nombor panggilan pada buku-buku baharu koleksi yang ada di perpustakaan. Program perkongsian kepakaran ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat perpustakaan kepada komuniti setempat, di samping menambahbaik pengurusan pusat sumber sekolah. Puan Juliana Ramli, Penyelaras Pusat Sumber Sek. Men. Islam Darul Bayan, amat berpuas hati dengan kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Beliau juga berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan bagi meningkatkan penggunaan perpustakaan bagi kecemerlangan pelajar sekolah pada masa akan, datang.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Idris, Abdul Hadi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Sulaiman, Jamalludin
UNSPECIFIED
Editor
Rambeli, Shahidatul Akhmam
UNSPECIFIED
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library information networks
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Journal or Publication Title: IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak
ISSN: 2735-1920
Keywords: Bengkel, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Terengganu.
Collections: Buletin IQRA'
Date: 12 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111919
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111919.pdf] Text
111919.pdf

Download (14MB)

ID Number

111919

Indexing

Statistic

Statistic details