Toshiba International Foundation (2021) Grafik FSSR UiTM Kedah: wakil tunggal di Asia bagi kategori Art & Culture / Dr. Faryna Mohd Khalis

Mohd Khalis, Faryna (2022) Toshiba International Foundation (2021) Grafik FSSR UiTM Kedah: wakil tunggal di Asia bagi kategori Art & Culture / Dr. Faryna Mohd Khalis. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah.
Abstract

Toshiba International Foundation (TIFO) telah mula bertapak pada tahun 1989 dengan objektif untuk bertukar-tukar pandangan dan fahaman antarabangsa melalui kajian yang dijalankan. Kajian-kajian ini akan menjadi platform komunikasi dua hala antara negara-negara yang terlibat. Selain Asia, negara Eropah dan Amerika turut tersenarai dalam penerima grant Toshiba dengan topik kajian masing-masing yang pastinya telah berjaya menarik minat penaja iaitu TIFO dari Jepun. Sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi, adalah menjadi kriteria utama untuk membuat kajian seterusnya mendapatkan grant untuk membiayai kos menjalankan kajian tersebut. Bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan sesebuah grant, ia memerlukan persiapan rapi dari segi penulisan kertas kerja yang berkualiti, objektif kajian yang jelas, cara perlaksanaan, impak kepada masyarakat dan pastinya topik yang menepati tema atau kehendak penaja. Terdapat banyak faktor perlu diambil kira. Begitu juga dengan penghasilan kertas kerja yang bagus, ahli kumpulan turut memainkan peranan penting untuk memberi sumbangan input, idea dan kerjasama dalam kumpulan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111715.pdf]
Text
111715.pdf
Download (10MB)
Indexing & Metrics