Abstract
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah beroperasi sejak 16 Jun 1996. Pendekatan perancangan yang dipraktikkan oleh Pengurusan Kanan UiTMCPP berlandaskan kepada Visi dan Misi UiTM iaitu menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan serta menjuarai pembangunan Bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak tinggi. Dalam merealisasikan hasrat UiTMCPP, Pengurusan Kanan adalah diketuai oleh Rektor sebagai penggerak utama Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang merupakan jawatankuasa tertinggi di peringkat eksekutif kampus yang dibantu oleh Ketua Pusat Tanggungjawab dari setiap bahagian/fakulti/jabatan/unit serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil di peringkat operasi. Segala perancangan yang dilakukan MESTI mendapat kelulusan Rektor bagi memastikan ia selaras dengan Visi, Misi dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Cawangan Pulau Pinang UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111547 |