AKNC 2024 Universiti Teknologi MARA (Pahang): pengurusan dan pembangunan staf

UiTM, Cawangan Pahang (2024) AKNC 2024 Universiti Teknologi MARA (Pahang): pengurusan dan pembangunan staf. Universiti Teknologi MARA (UiTM). (Unpublished)
Abstract

Bertemakan Pengurusan dan Pembangunan Staf, tahun 2023, Universiti Teknologi MARA Pahang (UCPh) telah memfokuskan kepada empat inisiatif strategik berikut, iaitu kecemerlangan bakat, pemasaran global, kecemerlangan institusi, dan pencapaian berasaskan nilai dalam setiap operasi. Inisiatif-inisiatif ini dirancang dengan teliti berdasarkan dokumen strategik utama seperti Pelan Strategik UiTM 2025 (PSUiTM2025), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi).UCPh telah menetapkan tiga sasaran utama sebagai teras kepada GRU 2025 iaitu staf akademik bertaraf dunia, meningkatkan penglibatan staf bukan akademik di peringkat antarabangsa, dan memastikan keterlibatan aktif dalam industri serta komuniti. Pengurusan Kanan UCPh bertanggungjawab dalam merancang strategi jangka panjang dan menetapkan hala tuju institusi. Inisiatif-inisiatif ini dirancang dengan teliti melalui analisis SWOT, dan terlibat secara langsung dalam pembentukan Pelan Penggantian yang komprehensif untuk memastikan kesinambungan kepimpinan di masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 111543.pdf]
Text
111543.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics