Program bicara santai: realiti industri halal / Nurul Atikah Poniran

Poniran, Nurul Atikah (2025) Program bicara santai: realiti industri halal / Nurul Atikah Poniran. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

18 Disember 2024, satu program bertajuk Bicara Santai: Realiti Industri Halal telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Islam, UiTM Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Program ini bermula pada jam 5:00 petang dan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar pra-diploma Pengajian Islam mengenai dunia industri halal. Tiga panelis yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar Diploma Pengurusan Halal, yang telah berkongsi pengalaman mereka berkaitan industri halal. Perkongsian ini memberikan maklumat dan pandangan yang sangat berguna mengenai cabaran, peluang, serta realiti sebenar dalam bidang tersebut. Para panelis juga telah berkongsi pengalaman praktikal mereka sepanjang melibatkan diri dalam industri halal, yang pastinya memberi inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha dalam bidang ini. Program ini turut menyediakan hidangan ringan kepada peserta, seperti yang dinyatakan dalam poster, dan kehadiran pelajar adalah diwajibkan. Sambutan daripada pelajar amat memberangsangkan, di mana mereka aktif bertanya soalan serta mengambil peluang untuk memahami lebih lanjut tentang pengurusan halal dan prospek kerjaya di masa hadapan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Poniran, Nurul Atikah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: Bicara santai, halal, Pusat Islam, UiTM, Negeri Sembilan, Kuala Pilah
Date: January 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111447
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111447.pdf] Text
111447.pdf

Download (507kB)

ID Number

111447

Indexing

Statistic

Statistic details