Abstract
Kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk meninggikan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Diantara berbagai-bagai usaha kerajaan itu adalah untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleb golongan ini , untuk menuju matlamat setiap keluarga akan memiliki sebuah rumah. Kawasan setinggan adalah merupakan kawasan perumahan yang tidak teratur . Rumah-rumah yang didirikan tidak tersusun dan tidak terdapat segala kemudahan infrastruktur atau pun terlalu sedikit. Biasanya kawasan setinggan adalah berhampiran dengan bandar-bandar besar . Kerajaan menghadapi masalah yang agak besar mengenai setinggan ini . Oleh itu kerajaan telah, sedang dan akan terus berusaha untuk menempatkan semula penduduk-penduduk setinggan kekawasan perumahan yang lebih teratur dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur. Pada umumnya penduduk-penduduk setinggan adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah walaupun tidak dapat dinafikan terdapat juga dikalangan mereka yang mempunyai pendapatan yang lumayan. Justeru itu kerajaan telah merancang dan melaksanakan berbagai-bagai projek petempatan yang sesuai dan selesa . Diantara projek-projek itu termasuklah projek kampung tersusun, rumah-rumah teres kos rendah dan rumah-rumah pangsa berharga rendah sejajar dengan pendapatan dan kemampuan mereka . Melalui kertas projek ini , kami akan cuba menerangkan peranan agensi-agensi yang terlibat dalam penyediaan petempatan untuk penduduk setinggan disamping mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi tersebut dan sambutan dari pihak penduduk-penduduk setinggan sendiri. Seterusnya kami melalui kajian ini akan cuba mendapatkan maklum balas dari penduduk-penduduk setinggan tentang projek-projek kerajaan dan cuba mengkaji diantara rumah teres dan pangsa kos rendah, yang mana menjadi pilihan mereka berserta sebab-sebab. Dengan ini kami berharap agensi-agensi yang terlibat dapat menggunakan sedikit sebanyak kajian ini sebagai panduan untuk menjalankan projek perumahan dimasa akan datang.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusop, Abdul Ghaffar UNSPECIFIED Jamaludin, Azman UNSPECIFIED Hamzah, Che Leman UNSPECIFIED Mohd Hashim, Ismail UNSPECIFIED Mohd Abdullah, Md Razali UNSPECIFIED Tahir, Mohd Yusof UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Projek perumahan, setinggan, langkah kerajaan |
Date: | 1988 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1114 |
Download
![[thumbnail of 1114.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
1114.pdf
Download (194kB)
Digital Copy

Physical Copy

ID Number
1114
Indexing

