Abstract
Kehebatan FSG pada tahun 2023 terbukti dengan pengiktirafan dalam Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU) 2023 dengan penganugerahan 6 bintang PTJ dan Anugerah Pelan Tindakan Strategik Terbaik. Kecemerlangan kepimpinan FSG di dalam pembangunan staf makin terserlah apabila FSG berjaya mencatat sejarah sekali lagi dengan tersenarainya dua subjek iaitu Kimia dan Fizik & Astronomi dalam QS World University Ranking (QS WUR) by Subject 2024. Subjek tersebut merupakan satu-satunya subjek baharu tersenarai di UiTM pada QS WUR 2024. FSG terus unggul apabila seorang penyelidik FSG merangkul Juara Musim Pertama INNOVATHON dalam program TV Malaysia, kerjasama MOSTI/Astro. Ini membuktikan FSG diterajui barisan Kepimpinan Kanan yang berkaliber, berkarisma dan dinamik yang meletakkan pengurusan dan pembangunan staf sebagai agenda utama. Dalam merealisasikan pencapaian aspirasi UiTM sebagai Universiti Terkemuka Dunia menjelang tahun 2025, Kepimpinan Kanan FSG merangka dan menjayakan inisiatif strategik berdasarkan 71 petunjuk prestasi yang didokumentasikan dalam Pelan Tindakan Strategik (SAP) FSG 2023 yang memfokuskan kepada pencapaian TIGA tunjang ‘Globally Marketable’ iaitu ‘World Class Faculty Members, Turning Globally Marketable Staff dan Excellent Supporting Staff’.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Fakulti Sains Gunaan UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111342 |