Abstract
Tahun 2023 menjadi saksi kepada dua era kepimpinan Pengurusan Kanan FKPM yang diamanahkan kepada individu berbeza, mencerminkan dinamik yang kukuh dalam pentadbiran fakulti ini. Bermula Oktober 2022, Prof. Dr. Haryani Haron memimpin FKPM di bawah naungan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM). Manakala pada Jun 2023, FKPM melangkah ke fasa baharu sebagai fakulti yang berdiri sendiri, dengan Prof. Madya Dr. Abd Rasid Abd Rahman diberi kepercayaan sebagai Dekan. Walaupun mengalami perubahan kepimpinan, FKPM terus teguh dalam melaksanakan pelbagai perancangan dan agenda yang telah digariskan. Selaras dengan agenda universiti dalam memperkasa jaringan strategik dengan alumni yang merupakan kekuatan FKPM sepanjang tahun 2023, Dekan dan Pengurusan Kanan FKPM bersetuju memilih dan memfokuskan pada bidang utama (BT) Alumni, Komuniti dan Kesukarelawan sebagai elemen utama dalam laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2023. Keputusan ini telah disepakati oleh Pengurusan Kanan FKPM dan dimuktamadkan dalam mesyuarat JAF FKPM.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111326 |