Abstract
Bermulanya penubuhan Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Sarawak adalah merupakan hasil permintaan daripada Kerajaan Negeri Sarawak pada masa itu. Sebelum penubuhannya, jumlah professional dan pegawai separa professional di bidang pengurusan maklumat agak terhad. Melalui perbincangan yang panjang dan penuh semangat antara pihak Fakulti Pengurusan Maklumat dan pihak pengurusan UiTM Sarawak, satu keputusan besar telah dilahirkan. Ia bukanlah sekadar impian, tetapi sebuah realiti yang akan membawa impak yang jauh ke hadapan. Program Diploma Pengurusan Maklumat akan menjejakkan kaki di kampus UiTM Sarawak. Pada bulan November 2003, lembaran sejarah mengukir satu bab baru dengan penubuhan program Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM Sarawak. Bermula dengan 2 orang pensyarah sebagai peneraju, iaitu Puan Suriani binti Jack dan Encik Albakri bin Mohammad, program ini telah membuka pintu kepada 12 orang pelajar pertamanya. Sepanjang perjalanan, program ini tidak pernah berhenti tumbuh. Dengan setiap semester yang berlalu, menyaksikan pertambahan yang mengagumkan dalam bilangan pelajar dan pensyarah yang terlibat. Hingga ke hari ini, fakulti dengan bangganya mempunyai purata 300 pelajar setiap semester, yang turut disertai oleh barisan pensyarah yang penuh dedikasi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Imilia UNSPECIFIED Halamy, Suhaida UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Information Management |
Journal or Publication Title: | Bulletin of School of Information Science, UiTM Sarawak |
ISSN: | 3030-5578 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-4 |
Keywords: | Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | February 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111314 |