Pemerkasaan usahawan asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendepani era digital / Khairul Azhar Meerangani, Mohammad Fahmi Abdul Hamid and Mohamad Hanif Jofri

Meerangani, Khairul Azhar and Abdul Hamid, Mohammad Fahmi and Jofri, Mohamad Hanif (2024) Pemerkasaan usahawan asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendepani era digital / Khairul Azhar Meerangani, Mohammad Fahmi Abdul Hamid and Mohamad Hanif Jofri. Journal of Contempory Islamic Studies, 10 (2): 9. pp. 1-13. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Transformasi usahawan asnaf menerusi Program Pembangunan Insan merupakan inisiatif proaktif oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bertujuan membantu meningkatkan potensi golongan asnaf dalam sektor keusahawanan. Inisiatif ini sejajar dengan objektif MAINS sendiri bagi meningkatkan keberkesanan agihan zakat menerusi strategi serampang dua mata, iaitu memastikan setiap asnaf mampu menjalani kehidupan sejahtera di samping membina potensi diri untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0, pembangunan pelbagai aplikasi atas talian dan platform media digital mampu meningkatkan potensi, kebolehsaingan dan kebolehpasaran pemain sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS), terutamanya menerusi segmen keusahawanan digital. Justeru, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan usahawan asnaf di Negeri Sembilan dalam segmen keusahawanan digital. Seterusnya, untuk membangunkan potensi keusahawan digital menerusi Modul AsnafTech 4.0 bagi meningkatkan kebolehsaingan usahawan asnaf zakat di Negeri Sembilan. Kajian dijalankan secara kuantitatif menerusi edaran soal selidik terhadap 40 responden dalam kalangan usahawan asnaf MAINS. Dapatan soal selidik seterusnya dianalisis secara diskriptif bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Model AsnafTech 4.0 ini bagi melahirkan usahawan asnaf yang kompeten dan berdaya saing. Model yang dibangunkan ini berupaya menjadi nilai tambah kepada pihak MAINS dan usahawan asnaf di Negeri Sembilan bagi meningkatkan kebolehsaingan mereka, seterusnya menyumbang dalam merealisasikan matlamat serampang dua mata institusi zakat itu sendiri.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Meerangani, Khairul Azhar
azharmeerangani@uitm.edu.my
Abdul Hamid, Mohammad Fahmi
UNSPECIFIED
Jofri, Mohamad Hanif
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: Listed > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 10
Number: 2
Page Range: pp. 1-13
Keywords: asnaf, competitiveness, digital, entrepreneurship, socioeconomics
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111184
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111184.pdf] Text
111184.pdf

Download (350kB)

ID Number

111184

Indexing

Statistic

Statistic details