Model karakter fatanah, amanah, siddiq dan tabligh berdasarkan pengalaman usahawan asnaf berjaya / Izatul Akmar Ismail ... [et al.]

Ismail, Izatul Akmar and Abd Muin, Mohd Adib and Md. Hussain, Muhammad Nasri and Che Ahmat, Amin (2024) Model karakter fatanah, amanah, siddiq dan tabligh berdasarkan pengalaman usahawan asnaf berjaya / Izatul Akmar Ismail ... [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 10 (2): 8. pp. 1-14. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Dalam sejarah keusahawanan Islam, Rasulullah SAW merupakan contoh teladan seorang pemimpin usahawan yang berjaya. Baginda memiliki identiti dan karakter-karakter keusahawanan seperti fatanah, amanah, siddiq, dan tabligh, yang perlu dijadikan contoh bagi usahawan yang ingin mencapai kejayaan. Di Malaysia, salah satu agihan dana zakat bagi melahirkan usahawan Muslim adalah melalui agihan modal perniagaan kepada asnaf dan terbukti melahirkan usahawan-usahawan asnaf yang berjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman usahawan asnaf yang berjaya melalui karakter-karakter keperibadian mereka serta membina satu model yang boleh dijadikan panduan kepada usahawan asnaf lain. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif fenomenologi-transendental melibatkan tujuh ikon usahawan asnaf yang berjaya. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah fenomenologi dengan bantuan perisian Atlas.ti Versi 8. Hasil kajian menunjukkan karakter fatanah, amanah, siddiq, tabligh adalah dimiliki usahawan-usahawan asnaf berjaya. Tema-tema yang dihasilkan melalui empat karakter ini membentuk Model Karakter Fatanah, Amanah, Siddiq dan Tabligh Berdasarkan Pengalaman Usahawan Asnaf Berjaya. Hasil kajian boleh dijadikan rujukan bagi institusi-institusi zakat dan agensi berkaitan dalam memperkukuh aspek latihan, terutama dalam membangunkan jati diri dan keperibadian asnaf agar mereka mampu berdikari dan akhirnya keluar dari status asnaf.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Izatul Akmar
UNSPECIFIED
Abd Muin, Mohd Adib
UNSPECIFIED
Md. Hussain, Muhammad Nasri
mnasri@uum.edu.my,
Che Ahmat, Amin
amin132@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: Listed > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 10
Number: 2
Page Range: pp. 1-14
Keywords: amanah, fatanah, karakter, model, siddiq, tabligh
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111183
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111183.pdf] Text
111183.pdf

Download (350kB)

ID Number

111183

Indexing

Statistic

Statistic details