Abstract
Kajian ini berkisar tentang transformasi perundangan di Malaysia khususnya dalam pelaksanaan undang-undang jenayah sihir. Perbincangan kajian ini merangkumi usaha-usaha yang telah diambil oleh badan perundangan serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Jenayah sihir bukanlah isu baharu yang memberi impak negatif kepada sistem perundangan di Malaysia, sebaliknya, ia berkait rapat dengan prinsip keadilan dalam hubungan antara manusia. Kajian yang menggunakan metodologi kualitatif ini membincangkan konsep jenayah sihir yang berlaku di Malaysia dengan menganalisis artikel, bahan ilmiah serta kes-kes yang berkaitan dengan amalan sihir yang pernah diputuskan di mahkamah. Selain itu, kajian ini juga membincangkan isu-isu berkaitan jenayah sihir yang timbul akibat ketiadaan perundangan khusus untuk menghukum pelaku dan pengguna sihir. Situasi ini memerlukan satu transformasi dalam perundangan dengan mengkanunkan statut khusus berkaitan jenayah sihir. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikkan yang boleh diambil oleh mahkamah dalam mewujudkan perundangan jenayah sihir di Malaysia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Samudin, Siti Aisyah sitiaisyah.samudin@um.edu.my Ahmad, Wardati UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Occult sciences > Witchcraft K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Comparative law. International uniform Law |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contempory Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | Listed > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902 |
Volume: | 10 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-13 |
Keywords: | Proof of witchcraft, transformation of law, witchcraft crime |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111179 |