Sorotan literatur bersistematik terhadap terjemahan Majaz al-Quran kepada Bahasa Melayu / Nasimah Abdullah

Abdullah, Nasimah (2024) Sorotan literatur bersistematik terhadap terjemahan Majaz al-Quran kepada Bahasa Melayu / Nasimah Abdullah. Journal of Contempory Islamic Studies, 10 (2): 2. pp. 1-15. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Abstract

Al-Quran bukan sahaja mempunyai sifat-sifat linguistik yang sangat istimewa, malah gaya bahasanya penuh dengan elemen retorik yang tinggi dan antara unsur retorik Arab adalah gaya bahasa al-majāz. Ungkapan yang mengandungi makna al-majāz tidak boleh sama sekali diberikan interpretasi berdasarkan struktur ayat semata-mata kerana makna al-majāz merujuk kepada makna yang lebih imaginatif atau abstrak, atau bersifat kiasan atau lambang. Objektif penulisan ini ialah meninjau sorotan literatur tentang terjemahan al-Quran kepada bahasa Melayu dengan memberi fokus kepada pendekatan terjemahan gaya bahasa majaz al-Quran atau kaedahnya, atau strateginya. Tinjauan ini sangat signifikan kerana kajian dalam bidang terjemahan moden yang dipelopori Barat semakin berkembang pesat pada akhir kurun ke-20 masihi. Pendekatan kajian ini ialah kualitatif dan kajian ini juga menggunakan reka bentuk analisis dokumen yang dihurai secara deskriptif berasaskan tinjauan literatur sistematik. Pencarian data adalah melalui pangkalan data Google Scholar menggunakan kata kunci ‘terjemahan majāz al-Quran kepada bahasa Melayu’. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kajian-kajian semasa yang tidak memanfaatkan perkembangan yang berlaku dalam bidang terjemahan moden Barat. Dapatan ini adalah relevan untuk merumuskan keperluan menonjolkan pengkajian dalam isu terjemahan majāz al-Quran berlandaskan pendekatan, kaedah atau strategi terjemahan moden Barat. Hal ini adalah bertepatan dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang pengajian terjemahan moden Barat pada akhir kurun ke20 masihi agar dunia pengajian Islam tidak tertinggal di belakang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Nasimah
nasimah@uis.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: Listed > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 10
Number: 2
Page Range: pp. 1-15
Keywords: al-majāz, sorotan literatur bersistematik, terjemahan al-Quran
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/111177
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 111177.pdf] Text
111177.pdf

Download (375kB)

ID Number

111177

Indexing

Statistic

Statistic details