Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah menganjurkan Program Kunjungan Hormat ke Fakulti Pengurusan Maklumat secara atas talian pada 13 Ogos 2021, dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program tersebut disertai oleh 17 orang Pengurusan Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat termasuk Dekan dan Timbalan Dekan. Manakala pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak telah diwakili oleh Pengurusan Kanan PTAR yang diketuai oleh En. Jamalludin bin Sulaiman dan 6 orang penceramah dari Perpustakaan Tun Abdul Razak. Program Kunjungan Hormat ini dianjurkan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Perpustakaan, memberi penerangan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada Pengurusan Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat. Antara aktiviti menarik Program Kunjungan Hormat tersebut adalah Penerangan Program Library Outreach dan juga sesi diskusi PTAR dan fakulti.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Adlina UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA' |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | August 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110829 |