Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung dalam segmen Bicara Khas bersama Srikandi Negara pada 23 Ogos 2021 jam 10 pagi bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke-64. Program ini dikendalikan oleh Encik Jamalludin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Shah Alam selaku moderator dan bersama tiga panel jemputan iaitu Laksamana Pertama Rohana binti Jupri, Mejar Siti Nurfarhana binti Muhd Amiruddin dan Mejar Siti Solehah binti Abdullah. Sesi kali ini dimulai dengan pengenalan ringkas oleh moderator tentang latar belakang panel jemputan dan sesi juga diteruskan dengan perkongsian berkaitan pengalaman dan perjalanan dari awal penglibatan sehingga kini oleh ketiga-tiga srikandi negara ini. Kerjaya sebagai pegawai tentera adalah bermula dari minat yang tinggi sejak kecil lagi. Bagi pendapat meraka bertiga, kerjaya ini adalah bidang tugas yang sangat mulia dari aspek pengorbanan para tentera demi menjaga kedaulatan negara dari sebarang ancaman luar. Kerjaya dalam bidang ini juga sangat signifikan bagi kaum lelaki tetapi itu hanyalah dari sudut pandangan kecil. Sebaliknya, kerjaya ketenteraan ini juga diminati oleh golongan wanita yang digelar sebagai srikandi negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Noor Azureen UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA' |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110824 |