Abstract
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pejabat Kursi lnstitusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 secara langsung dalam segmen Bicara Buku dengan tajuknya Asal Usul Melayu: lnduknya Di Benua Sunda. Program ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. lsmarani Ismail, Felo di Kursi lnstitusi Raja-Raja Melayu (KIRRMJ UiTM Shah Alam bersama panel jemputan Pn. Zaharah Sulaiman pada 20 Ogos 2021 jam 10 pagi. Program ini telah dimulakan dengan memperkenalkan latar belakang panel jemputan Pn. Zaharah Sulaiman yang merupakan penyelidik, pengkaji, penulis dan penceramah Sejarah lkatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAMM) & Sejarah Tamadun Alam Melayu dan juga mempunyai pengalaman sebagai pengkaji serta penulis sejarah selama 30 tahun. Sesi perkongsian diteruskan dengan pengenalan kepada buku yang bertajuk Asal Usul Melayu: lnduknya Di Benua Sunda. Panel jemputan berkongsi tentang kewujudan asal-usul Melayu yang bermula pembentukkannya di Benua Melayu Sunda (Sundaland). Nama 'Sundaland' untuk Semenanjung Plantar di Asia Tenggara digubah oleh Reinout Willem van Bemmelen di dalam bukunya Geography of Indonesia pada 1949 yang berpandukan penyelidikan beliau semasa peperangan di rantau ini. Reinout Willem van Bemmelen juga merupakan seorang penulis sejarah dan pembuat geografi tentang Indonesia pada tahun 1949.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Noor Azureen UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Compiler Abd Aziz, Noor Azureen UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography > The collections. The books |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Buletin, PTAR, IQRA', Bicara Buku |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/110823 |
Download
![[thumbnail of 110823.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
110823.pdf
Download (13MB)
ID Number
110823
Indexing

